'Lantikan ahli Suhakam perlu kepakaran dalam pengajian Islam'

2023-06-13 1

BERITA SEMASA 13 JUN 2023

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan supaya lantikan baharu ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diiktiraf dalam pengajian Islam dalam membahaskan laporan tahunan Suhakam 2022.

Beliau berkata demikian atas faktor mengambil kira sisi pandang daripada ahli-ahli yang diktiraf di peringkat tertinggi seperti PHD untuk mengendali dalam mempergiat pendidikan hak asasi manusia, menasihati dasar dan perundangan hal ehwal Islam.