Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Semakan terhadap Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) perlu dilakukan agar ia mampu menangani cabaran baharu semasa. Jelasnya, keupayaan menjamin hak asasi manusia terus terbela akan membantu memacu kemasukan pelabur asing ke Malaysia.