Pengarah Strategik Forward Malaysia Research Centre, Muhammad Jazlie berkata sekiranya trend pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menyambung pengajian di peringkat tinggi berterusan, negara akan kehilangan 70 peratus tenaga mahir dalam pasaran. Jelasnya, ini berdasarkan kepada laporan 48 peratus lepasan SPM 2021 yang tidak melanjutkan pengajian pada tahun lalu.