STB: Komitmen penuh Sarawak terhadap misi kemampanan pelancongan

2023-06-09 240

Sarawak terus memberi komitmen penuh terhadap inisiatif kelestarian yang selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi strategi pelan induk pelancongan Sarawak 2035.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Sharzede Salleh Askor berkata, dengan menggabungkan matlamat SDG dan strategi pelancongan negeri, Sarawak menyasarkan untuk mencipta industri pelancongan mampan yang memberi manfaat kepada komuniti, memelihara alam sekitar dan menyumbang terhadap misi pembangunan global yang lebih luas.

Free Traffic Exchange