Kos bahan mentah naik tak jejas kualiti makanan jemaah haji
BERITA SEMASA 8 JUN 2023
Peningkatan kos bahan mentah makanan di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti dan kuantiti hidangan disediakan untuk jemaah haji muassasah pada tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria dari Makkah.
Ini kerana Tabung Haji (TH) telah melaksanakan beberapa pendekatan bagi mengimbangi kenaikan tersebut supaya kebajikan jemaah haji terus menjadi keutamaan.
Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, antaranya dengan mengurangkan kos bayaran pekerja di syarikat katering melalui penggunaan rempah ratus pra campur (premix) dalam penyediaan masakan dan aplikasi beberapa peralatan canggih.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/262388/berita/nasional/kos-bahan-mentah-naik-tak-jejas-kualiti-makanan-jemaah-haji
#SinarHarian #BeritaSemasa