'Semut merah bukan kaleng-kaleng'-Anggota Jabatan Amal ikuti latihan kerja menyelamat tepis kecaman orang ramai

2023-06-08 18,022

Banjir besar di Selangor pada Disember 2021 menyebabkan ibu negeri Selangor boleh dikatakan lumpuh berikutan majoriti kawasan dinaiki air, manakala jalan utama menghubungkan bandar raya terputus. Ribuan orang terkandas memaksa mereka bermalam di atas jalan.

Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah Taman Sri Muda, Shah Alam yang meninggalkan kesan kepada ribuan penduduknya. Bukan saja kerugian harta benda, malah bencana ini turut mencatat korban tinggi.

Antara yang paling awal tiba pada hari bencana adalah Jabatan Amal Selangor yang bertungkus-lumus membawa keluar penduduk yang terperangkap akibat air naik mendadak.

Biarpun demikian, anggota jabatan berkenaan kerap menerima kecaman orang ramai dan dikatakan lebih sudu dari kuah berikutan sering dilihat di mana-mana bencana.

Ikuti penjelasan Pengarah Jabatan Amal Selangor, Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin, bagaimana pihaknya menyelaras misi bantuan bencana dan menjawab keraguan orang ramai terhadap kemampuan anggotanya dalam Deadline!, dihoskan Zaitie Satibi dalam Deadline! Episod 3.