Keputusan Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan cabaran Malaysia terhadap award penghakiman penimbang tara kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu, mengukuhkan lagi kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan penting itu membuktikan pendirian kerajaan negeri selama ini terhadap tuntutan itu tidak mempunyai sebarang merit.