BERITA SEMASA 7 JUN 2023
Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud berkata, kadar pengangguran belia menurun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 11.1 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.
Jelasnya, Kementerian Sumber Manusia melalui Perkeso mempersiapkan beberapa program untuk belia bagi persedian bekerja seperti penyedian platform My Future Jobs yang menyediakan lebih 1 juta kekosongan jawatan.
Tambahnya, program karnival kerjaya turut digerakkan sebanyak 1366 siri karnival dan 21,740 pencari kerja telah dapat penempatan pekerjaan.
#DewanRakyat #SinarHarian