Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata aktiviti turun padang sangat penting untuk memastikan realiti permasalahan sama seperti yang dilaporkan, selain untuk merasai denyut nadi rakyat. Jelasnya, antara kejayaan yang diraih ialah kelulusan RM60 juta untuk membaiki jalan di Johor susulan lawatan turun padang bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.