Polis sedang mengesan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan cuba menahan seorang mangsa di Kulai, Johor baru-baru ini. Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Yusof Othman, satu laporan polis telah dibuat susulan tularnya video yang dimuatnaik di laman sosial mengenai kejadian itu.