Pesta Kaamatan dianggap sebagai masa yang sesuai untuk memperkenalkan kebudayaan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah. Selain adat resam, terdapat juga penekanan pada pakaian tradisional dan pelbagai tarian. Namun, adakah usaha dilakukan untuk memastikan generasi muda berminat?