Selepas hampir tiga bulan mangsa kebakaran Kampung Cenderamata Batu Sapi, Sandakan masih menetap di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi. Ekoran keadaan tidak selesa dan serba kekurangan di PPR terbabit mereka berharap pihak berwajib dapat mempertimbangkan penempatan baru dengan segera untuk 63 keluarga di situ.