Cadang jambatan baharu dinamakan sempena Sultan Nazrin
BERITA SEMASA 1 JUN 2023
Kerajaan berhasrat menamakan jambatan baharu menghubungkan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop di sini sempena nama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan disembah maklum kepada baginda dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.
Menurutnya, kerajaan juga akan mempersembah cadangan tarikh bagi upacara rasmi perasmian jambatan tersebut oleh Sultan Nazrin sempena Hari Keputeraan baginda November depan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/261255/berita/nasional/cadang-jambatan-baharu-dinamakan-sempena-sultan-nazrin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa