BERITA MOJO 31 MEI 2023
Selepas kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dua tahun lalu, kini empat beradik diuji sekali lagi apabila abang yang dijadikan tempat bergantung selama ini meninggal dunia akibat kemalangan di Jalan Jimah Power Plant, Port Dickson, pada Selasa lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Muhammad Haidir, 25 meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah loto skylift di Jalan Jimah Power Plant ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada jam 8.20 pagi.
Menurut adik Allahyarham, Nurhairieka, 20, fikirannya seolah-olah kosong apabila diberitahu abangnya telah meninggal dunia, ditambah pula ia menjelang sehari genap dua tahun pemergian bapanya.
Artikel berkaitan: http://bitly.ws/Gc4y
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian