Kerajaan Negeri Sabah menyasarkan penambahan kapasiti tenaga solar kepada 100 Megawatt menjelang tahun 2027 berbanding 84 Megawatt ketika ini. Bagi memastikan kestabilan, kapasiti solar yang boleh disambung dan disalurkan ke grid Sabah dihadkan kepada 22 peratus.