BERITA SEMASA 24 MEI 2023
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan semak semula elaun latihan praktikal untuk golongan anak muda.
Beliau berkata, telah menerima ramai aduan daripada anak muda yang sedang menjalani latihan industri dibawah agensi kerajaan 'berduit' namun tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud bagaimanapun menjawab persoalan berkenaan dan memaklumkan bahawa masih belum ada akta khusus untuk mewajibkan membayar elaun kepada pelatih industri.
#BeritaSemasa #ElaunLatihanIndustri #DewanRakyat