Budak lapan tahun akhirnya dapat sijil kelahiran
BERITA SEMASA 23 MEI 2023
Seorang nenek yang bimbang cucunya berusia lapan tahun di Port Dickson, Negeri Sembilan yang tidak mempunyai sijil kelahiran kini boleh menarik nafas lega selepas permohonan mendapatkan dokumen itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menurut Sabariah Ahmad, masalah timbul disebabkan pernikahan ibu bapa Muhammad Yusri yang telah meninggal dunia tidak didaftarkan mengikut undang-undang di Malaysia.
Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak dapat ke sekolah kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259869/Kahwin-tak-daftar,-faktor-utama-lewat-daftar-sijil-kelahiran
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian