BERITA SEMASA 23 MEI 2023
Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "jawapan politik".
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendakwa kenyataan itu dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun secara peribadi kepadanya sebaik sahaja Perdana Menteri selesai menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) berkata, adalah 'tidak munasabah' untuk seseorang peguam yang telah mencadangkan agar memfailkan rayuan terhadap sesuatu kes, untuk menarik semula keputusan tersebut.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian