Semasa perbahasan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah untuk Rang Undang-undang (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan 2023), Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya mencelah dengan mencadangkan LGBT juga dimasukkan dalam masalah kesihatan mental. Kemudiannya, Halimah memohon cadangan Jamaludin dimasukkan bersama ucapan perbahasannya.