Isu kalimah Allah: Tidak timbul percanggahan dengan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu - PM

2023-05-23 391

Ahli Parlimen Bagan Serai meminta Perdana Menteri menjelaskan samada pihak Kerajaan mendapatkan perkenan Majlis Raja-raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri terlebih dahulu sebelum kerajaan membuat keputusan berkaitan kalimah Allah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian kerajaan hari ini (keputusan Jemaah Menteri) memperakui keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.