Konvensyen Perpaduan Kedah pentas wujud persefahaman antara parti
BERITA SEMASA 18 MEI 2023
Konvensyen Perpaduan Kedah yang bakal diadakan pada Ahad ini di Alor Setar menjadi pentas untuk membentuk persefahaman pemimpin parti di semua peringkat dalam Kerajaan Perpaduan, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seramai 1,300 peserta dari 15 Parlimen di Kedah akan hadir dan perhimpunan tersebut bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, konvensyen itu juga sebagai persediaan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Artikel: https://bit.ly/3o9Omrz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian