Beberapa pemimpin sayap Parti Warisan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu berhubung satu hantaran dalam akaun Facebook yang didakwa telah memfitnah parti tersebut. Ketua Penerangan Wira Warisan Malaysia, Khairuddin Daud mendakwa hantaran itu telah memburukkan reputasi Warisan dan menuntut tindakan segera ke atas pemilik akaun berkenaan.