Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengambil tindakan berhubung pengabaian lebih 500 laporan salah laku melibatkan agensi kerajaan. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, satu jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi menyiasat perkara itu.