Malaysia mengekalkan pendirian serta komitmen untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara terhadap proses damai di wilayah autonomi, Bangsamoro yang terletak di Mindanao. Komitmen itu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau ini terutama dalam melindungi masyarakat Islam di Mindanao.