El Nino boleh kurangkan pengeluaran padi sebanyak 10 peratus - Pakar

2023-05-16 4

Pakar Governan Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata fenomena El Nino boleh menyebabkan kesan besar kepada sektor pertanian meskipun peningkatan suhu hanya pada julat 0.2 hingga 2 darjah celsius. Antara lain, peningkatan suhu ini boleh mengurangkan pengeluaran padi sebanyak 10 peratus.