Seorang lelaki dijatuhkan hukuman 263 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya sejak tiga tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 36 tahun itu bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail, dalam dua prosiding berasingan, memerintahkan hukuman bagi 32 pertuduhan terhadapnya dijalankan secara berperingkat.