Rakyat Terengganu berharap sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani dapat diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang.
Beberapa pengunjung yang ditemui berkata sambutan seperti itu dilihat dapat merapatkan jurang di antara rakyat jelata dengan barisan kepimpinan negara.
Jelas mereka, sebelum ini mereka tidak berpeluang untuk menyambut sambutan Hari Raya bersama Perdana Menteri kerana kelazimannya dianjurkan di ibu negara.
Selain Terengganu, rumah terbuka itu turut diadakan di lima negeri lain iaitu, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.