Sasaran emas sukar dicapai namun tetap yakin - Norza

2023-05-13 333

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui sukar bagi kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas pada temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja.

Mohamad Norza bagaimanapun yakin sekiranya kontinjen negara meningkatkan prestasi sudah pasti mereka mampu melakukan magis bagi menambah koleksi pingat emas sedia.