Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menghantar laporan siasatan berhubung kes penyeludupan dadah jenis heroin bernilai RM789.56 juta melalui Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 3 Mei lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata namun laporan itu masih belum lengkap dan pihaknya perlu mendapatkan beberapa maklumat daripada pasukan sempadan Australia (ABF).