Kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor ditangguhkan ke bulan Ogos depan. Peguam Rosmah telah membuat permohonan untuk menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.