'Separuh beri pada Anwar jika terbukti saya ada RM1 bilion' - Tun M

2023-05-12 3

BERITA SEMASA 12 MEI 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.

Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu secara berseloroh berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar mampu berbuat demikian, membuktikan dirinya miliki RM1 bilion, separuh daripada wang itu akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun tersebut.