Najib masih alami cirit-birit, risiko dehidrasi- pakar perubatan

2023-05-11 6

BERITA MOJO 11 MEI 2023

KUALA LUMPUR - Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, tertangguh lagi selepas bekas Perdana Menteri itu masih menerima rawatan akibat cirit-birit dan berisiko mengalami dehidrasi, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Menurut Pakar Perubatan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Fadhli Zil Ikram Karim mengesahkan perkara itu, ketika prosiding kes berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Dr Mohd Fadhli berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengadu sakit perut dan menunjukkan dia mengalami cirit-birit yang teruk.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/Eoxu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian