Kastam rampas 264 basikal elektrik seludup dari China
BERITA SEMASA 10 MEI 2023
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 264 unit basikal elektrik (e-bike) yang diseludup masuk ke negara ini bernilai RM742,479 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Tasik Utama, Ayer Keroh, lapor wartawan Sinar Harian Melaka, Nor Farhana Yaacob.
Pengarah Kastam Negeri, Norlela Ismail berkata, kesemua basikal itu dipercayai dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang tanpa lesen import yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/257826/berita/semasa/kastam-rampas-265-basikal-elektrik-seludup-dari-china
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa