Selaras garis panduan inap desa di taman perumahan

2023-05-10 26,821

Selaras garis panduan inap desa di taman perumahan

BERITA SEMASA 10 MEI 2023

Kerajaan Negeri Sembilan akan menyelaraskan satu garis panduan kepada pemilik inap desa di negeri ini untuk menjalankan perniagaan di taman perumahan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia berikutan terdapat laporan berlaku ketidak puasan hati daripada penduduk setempat antaranya mengenai longgokan sampah dan tempat letak kereta.

"Kita telah bincang dalam mesyuarat exco hari ini, akan mengambil keputusan supaya mereka (pemilik inap desa) dikenakan kategori lain dalam pemilikan rumah ini (dijadikan inap desa).

"Ini bermakna kalau mereka jadikan rumah taman sebagai inap desa, ini merupakan satu perniagaan.

“Jadi, kita akan cas kepada kos perniagaan tetapi cadangan itu masih dalam kajian," katanya kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa