Reformasi sistem keadilan jenayah berprofil tinggi, hentikan sokongan SD demi kestabilan - Undi18

2023-05-08 127

Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai berkata dua reformasi penting yang perlu dilakukan untuk memastikan kestabilan politik negara yang berpanjangan, termasuk menghentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik sistem keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.