Program makanan PBB di Palestin digantung

2023-05-07 303

Program Makanan Sedunia (WFP) terpaksa menangguhkan bantuan makanan kepada lebih 200,000 rakyat Palestin mulai bulan depan kerana kekurangan dana.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu, bantuan yang akan dihentikan melibatkan baucar bulanan dengan nilai 10 dolar seorang dan program bakul makanan.