Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken pada Jumaat mengadakan perbincangan berhubung situasi terkini di Sudan dengan Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan.
Menerusi panggilan telefon, Blinken berterima kasih kepada Arab Saudi kerana membantu rakyat Amerika dan keluarga mereka meninggalkan Sudan dan selamat tiba di Jeddah.