Bekas tokoh BN: Aset atau liabiliti PN?

2023-05-05 55,319

Desas-desus mengatakan bahawa beberapa bekas pimpinan Umno akan menyertai Perikatan Nasional (PN) berlegar-legar sejak minggu lalu, namun hingga kini belum ada kenyataan rasmi mengenainya.

Antara tokoh yang disebut-sebut, Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin. Jika benar mereka menyertai PN, adakah peluang untuk mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berapa lama lagi?

Adakah penyertaan mereka akan memberi nilai tambah kepada PN? Atau sebaliknya mereka yang bakal merebut segala kelebihan dengan beroleh talian hayat baru dalam politik selepas disingkirkan parti lama?
Ikuti kupasan isu ini, 'Bekas tokoh BN: Aset atau liabiliti PN?' dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 16.

Free Traffic Exchange