Warga emas yang sihat dan masih berminat untuk menyambung pelajaran mampu memberi sumbangan kepada ekonomi 'silver' di Malaysia.
Naib Canselor Perdana University, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, ekonomi 'silver' adalah sektor baharu yang bukan sahaja memenuhi keperluan golongan usia emas, malah memberi manfaat kepada pembangunan negara.