130,000 penjawat awam di UK lancar mogok

2023-04-29 1

Lebih 130,000 penjawat awam di seluruh United Kingdom melancarkan mogok pada Jumaat mengenai gaji dan keadaan bekerja susulan inflasi yang tinggi.

Menurut penganjur mogok Kesatuan Perkhidmatan Awam dan Komersial (PCS), ratusan orang berkumpul berhampiran Downing Street di London.