Rakaman sulit wartawan Jepun Kenji Nagai, diambil beberapa saat sebelum dia dibunuh semasa membuat liputan protes antikerajaan Myanmar 2007, telah disiarkan kepada umum pada Rabu oleh ahli keluarganya.
Nagai, yang ketika itu berusia 50 tahun, dilihat ditembak dari pada jarak dekat oleh seorang anggota tentera Myanmar ketika membuat liputan tunjuk perasaan antikerajaan di Yangon.