Aktiviti mandi-manda bertukar tragedi
BERITA SEMASA 27 APRIL 2023
Lemas ketika mandi di Lata Changkah
Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama keluarganya di Lata Changkah, Kampung Hulu Seladang, di Setiu Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah hari pada Rabu itu mengorbankan Nor Alia Farhana Mat Zaid, 19 tahun.
Mangsa didapati lemas selepas tergelincir dan tenggelam ketika mandi bersama lima sepupu perempuan serta ditemani bapa saudara mereka.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/255915/berita/semasa/remaja-perempuan-lemas-di-lata-changkah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian