Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan teliti masalah lambakan sayuran yang dilaporkan berlaku di Tanah Tinggi Lojing sehingga menjejaskan kira-kira 500 pekebun.
Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, pihaknya dalam usaha melaksanakan langkah penyelesaian berkesan.