Jumlah kenderaan LPT2 meningkat drastik

2023-04-20 2

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian terasa apabila perantau mula pulang kampung halaman bagi meraikan 1 Syawal bersama keluarga masing-masing.

Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Kuala Terengganu mendapati jumlah kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) juga menunjukkan peningkatan berbanding hari biasa.

Beberapa pengguna jalan raya yang ditemui berkata bagi memastikan kelancaran perjalanan pulang ke kampung mereka memilih untuk bergerak lebih awal ke destinasi.