Tahun kedua Jahidah beraya kaku tanpa suara

2023-04-22 2

Tahun kedua Jahidah beraya kaku tanpa suara

BERITA SEMASA 22 APRIL 2023

Jika Aidilfitri tahun lalu kali pertama keluarga kepada mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 44, terpaksa menerima hakikat yang wanita itu hanya terbaring kaku tanpa suara di rumah, begitu jugalah Aidilfitri tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Keadaan wanita itu tidak jauh berbeza melainkan Aidilfitri kali ini dia telah sah bercerai secara fasakh dengan lelaki yang didakwa memukulnya dua tahun lalu sehingga koma.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah pada Februari lalu sedikit sebanyak telah menjadi pengubat kesedihan keluarganya yang 'kehilangan' Jahidah yang dulu.

Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 41, seluruh ahli keluarga sememangnya sudah reda dengan keadaan Jahidah, namun tidak pernah putus asa dan sentiasa berdoa agar dia diberikan kesembuhan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian