Sivakumar tak perlu letak jawatan, kes masih dalam siasatan: PM

2023-04-17 17

BERITA SEMASA 17 APRIL 2023

Perdana Menteri menegaskan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar tidak perlu berundur atau meletak jawatan kerana dakwaan kes membabitkannya masih dalam siasatan SPRM.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih terlalu awal untuk membuat telahan kerana Sivakumar hanya dipanggil untuk beri keterangan kepada SPRM bagi bantu siasatan.

Beliau mengulas mengenai Sivakumar yang dipanggil SPRM semalam bagi bantu siasatan berhubung penahanan seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Setiausaha Sulitnya, Jumaat lalu.

Sivakumar hari ini, menafikan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman beliau semalam.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan pimpinannya tegas dalam membanteras rasuah tidak kira dari blok parti mana.

Sebelum ini media melaporkan, pegawai tugas-tugas khas Sivakumar ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai 'runner' bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pekerja asing.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian