PM Jepun terselamat insiden letupan bom asap

2023-04-15 0

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida terselamat dalam insiden letupan yang berlaku ketika beliau sedang bersedia untuk menyampaikan ucapan di bandar Wakayama.

Kejadian berlaku pada 11.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu, selepas Kishida menamatkan lawatan ke kawasan nelayan di Wakayama dan sedang bersiap sedia untuk berucap.