Sememangnya manusia tidak lari daripada berfikir. Ada sahaja perkara yang terlintas dalam ruang fikiran walaupun sedang melakukan kerja lain.
Ia termasuklah ketika sedang menunaikan solat. Entah mengapa dirasakan kita tidak habis-habis berfikir dan kadang-kadang jauh menerawang entah ke mana walaupun sedang mengadap Allah SWT.