PERKESO perlu perkenalkan skim bencana luar pekerjaan - MTUC

2023-04-15 0

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Mohd Ghani berkata institusi perlindungan sosial terbesar negara seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) perlu direformasikan. Antara pembaharuan tersebut termasuklah memperkenalkan Skim Bencana Luar Pekerjaan dan Skim Bencana Selepas Persaraan.