Pengguna diingatkan agar menyemak setiap maklumat yang diterima sebelum menyebarkan ke platform media sosial masing-masing.
Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan usaha ini bagi membanteras penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.
Beliau berucap di Program Cahaya Ramadan bersama Gardenia di Kuala Lumpur pada Jumaat.